Jumat, 28 Desember 2012

Surat untuk ibu mertua......







Duhai calon ibu mertuaku,

Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasadalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa, Dengan ketakwaan yang biasa Ketabahan yang tak seberapa, Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan

Namun ibu,

Saya adalah wanita akhir zaman, Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah Yang akan berusaha mengabdi diri pada calon suamiku dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu,

Engkau tak perlu khuatir ibu,

Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu

Kerana akan saya katakan padanya bahawa engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu

Duhai, Calon ibu mertuaku

Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik, Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan –kejutan dari perbezaan antara kami, Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar